Pelakon, Amelia Henderson berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A.Aida Production dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.

Menurut keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan, keputusan itu dibuat selepas membenarkan rayuan Amelia selaku pemohon.
“Mahkamah menggunakan budi bicara dan benarkan permohonan penggantungan perintah yang menghendaki permohonan maaf secara terbuka dan yang menghendaki penghapusan video daripada akaun Instagram Defendan Pertama (Amelia),” katanya.
Malah, mahkamah turut membenarkan penangguhan bagi pembayaran ganti rugi lebih RM200,000.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bersama yang akan dikendalikan oleh kedua-dua firma guaman yang mewakili syarikat produksi itu dan Amelia.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.