Pelakon, Amelia Henderson tidak perlu membayar duit ganti rugi RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu selepas rayuannya diterima di Mahkamah Tinggi hari ini.

Menurut Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong, beliau memutuskan keputusan itu selepas membenarkan rayuan Amelia selaku pemohon dalam rayuan itu selain telah meneliti segala rekod rayuan secara maksima dan hujah daripada kedua-dua belah pihak.
Namun, mahkamah tetap memerintahkan Amelia perlu membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah 5 peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini (keputusan dibuat).
Sebelum ini, Amelia telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd pada 18 April lalu.
Antara alasan utama dalam rayuan itu, adalah terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Sesyen Sivil sebelum ini.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.