Ratu dangdut Malaysia, Amelina tampil menafikan tanggapan negatif yang diberikan masyarakat terhadap genre dangdut.

Malah, dia juga mahu masyarakat memahami bahawa genre terbabit mempunyai imej tersendiri.
Berusia 49 tahun, Amelina menjelaskan genre dangdut mempunyai peminatnya sendiri dan tidak wajar jika ia dilabel sebagai sebuah lagu yang tidak elok.
"Sebenarnya, genre dangdut ini sangat seronok kerana ia adalah sebuah muzik yang membawa maksud sama sahaja seperti genre-genre lain.
"Kami sebagai penyanyi dangdut pun perlu patuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengurusan dari aspek pakaian,” katanya.
Tambahnya, tarian gelek amat sinonim dengan genre dangdut dan sudah menjadi lumrahnya dalam industri muzik dangdut.
"Apabila muzik dangdut itu sudah berbunyi, memanglah kita perlu gelek sedikit untuk memeriahkan suasana konsert itu, takkanlah nak berdiri tegak sahaja," jelasnya.
Tambahnya, kebanyakan warganet pasti akan mengecam dirinya ketika membawa genre dangdut tetapi dia sudah tidak kisah.
Amelina menjadikan kecaman itu sebagai komen membina sepanjang terbabit dalam industri seni.
"Saya berdiri pun orang mengata disebabkan pakaian yang saya pakai dan penonton berpendapat saya ingin menunjuk bentuk badan, tapi sebenarnya tidak kerana itu sudah jadi lumrah dalam dunia dangdut," ujarnya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.