Anak kepada pelakon Didie Alias, Muhammad Dhanial Mohd Ridzuan membuat keputusan untuk memakai sut berona kelabu milik arwah bapanya yang juga pelakon, Allahyarham Ridzuan Hashim pada majlis persandingannya di Dewan Temu Jelatek, malam tadi.

Malah, dia menggigil saat menyarungkan baju arwah kerana tidak tahan sebak mengingati dirinya namun tetap teruskan majlis.
"Ketika sibuk buat persiapan untuk majlis di sebelah Tawau, Sabah, iaitu ketika arwah masih ada, saya ada keluar masuk rumahnya, tetapi tak jangka arwah ada pakaian yang sesuai dengan warna tema.
"Kemudiannya, saya ada memeriksa almari selepas arwah tiada. Sebab ketika masih hidup kami tak berani nak periksa, jadi ketika kemas barang arwah, saya terjumpa dua sut. Dua-dua saya sarung memang muat.
"Rasanya, ini adalah sut yang arwah pakai ketika berlakon dalam drama Kuasa sebab ia agak kecil, iaitu ketika arwah kurang sihat.
"Bila sarung sut ini saya menggigil, tak sangka saya muat. Saya dapat rasakan seperti arwah ada bersama saya," katanya.
Memetik laporan BH Online, dia juga berkongsi baju itu masih dikekalkan keasliannya dan tidak banyak diubahsuai kecuali ketinggian kerana dia dan arwah agak berbeza.
"Alhamdulillah, dapat juga saya pakai baju arwah. Sehingga kini, saya masih teringatkan arwah kerana saya dan isteri menetap di rumah arwah,” jelasnya.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.