Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Anak Bongsu Dan Adik Ipar Roy Positif COVID-19, Roy Masih Di ICU

Menurut isteri Roy, mereka baharu sahaja mengetahui keputusan ujian calitan pagi tadi.
Editor
29 Jan 2021, 07:17 PM

Selepas penyanyi lagu Kau Ratnaku, Roy dijangkiti wabak COVID-19, kini anak bongsu dan adik iparnya turut disahkan positif COVID-19.

anak bongsu dan adik ipar roy positif covid-19, roy masih di icu

Memetik laporan mStar isteri Roy, Haslinda Abdul Rahman, 56, anak, Siti Aishah, 23 dan adiknya Rahayu Abdul Rahman, 49 yang turut menetap bersama mereka baharu sahaja mengetahui keputusan ujian calitan pagi tadi.

“Selepas suami disahkan positif COVID-19, hari ini anak bongsu saya dan adik pula disahkan dijangkiti virus tersebut.

“Sekarang mereka sedang menjalani kuarantin di rumah termasuk diri saya dan anak sulung. Keputusan ujian saya dan anak sulung masih belum didapati tapi pihak Kementerian Kesihatan mungkin akan dapat selewat-lewatnya pada hari ini juga,”katanya.

Haslinda turut menjelaskan mengenai perkembangan terkini Roy, yang kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh.

anak bongsu dan adik ipar roy positif covid-19, roy masih di icu

Terdahulu, bekas peserta Gegar Vaganza musim keenam itu dimasukkan ke Hospital Banting tengah malam Sabtu lalu akibat sesak nafas. 

Pada mulanya beliau pergi mendapatkan rawatan di klinik swasta tetapi dicadangkan supaya segera mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital oleh doktor bertugas. 

Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat jangkitan kuman pada paru-parunya. Bagaimanapun, Roy turut menjalani ujian saringan COVID-19 di hospital.

Roy mengesahkan dirinya positif COVID-19 tahap empat dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Sumber: mStar

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }