Pada hari Jumaat yang mulia ini, pelakon , pengacara dan anak kepada cef terkenal tanah air, Serina Redzuawan selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Aidid.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Serina menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram sebentar tadi.
Bagi Serina, dia amat bersyukur majlis nikah diadakan dengan lancar dan mendahulukan perkara yang wajib terlebih dahulu. Serina turut menzahirkan kesyukuran dengan penentuan jodoh bersama suami tercinta.
“Bismillahirahmanirahim, sempena hari jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Serina nak umumkan saya dah selamat mendirikan masjid bersama suami, majlis nikah kami secara tertutup sahaja.
“Alhamdulillah selesaikan yang wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yang lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Luh Mahfuz,
“Alhamdulillah dia lah yang terbaik yang Allah kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku,” tulisnya di Instagram
Tambah lagi, Serina turut mengucapkan terima kasih kepada ayahanda tercinta, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan kerana merestui perkahwinan ini.
“Terima kasih Papa merestui perkahwinan kami, inshaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya.
“Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri Serina & Aidid semangat serta doa,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, Serina pernah berkahwin dengan Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.
Namun, perkahwinan tersebut tidak bertahan lama selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.