Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Anak Kepada Datuk A Aida, Ameng Selamat Bertunang

Alhamdulillah, semoga dipermudah urusan mereka.
Izwan
22 May 2023, 01:04 PM

Penerbit terkenal, Datuk A Aida dan bekas suami, Ameng tak dapat menahan sebak apabila anaknya iaitu Wan Az Aleesa Wan Aminuddin akhirnya mengikat tali pertunangan dengan juruterbang, Zain Azrai Abdul Aziz.

Majlis pertunangan tersebut selamat dijalankan di pusat peranginan, D' Manggis Janda Baik, Pahang hujung minggu lalu.

anak kepada datuk a aida, ameng selamat bertunang

Wan Aminuddin Wan Ismail atau mesra disapa Ameng berkongsi detik manis tersebut dan dia merestui pertunangan itu.

"Saya tahu mereka dah berkawan lama. Sekejap putus, sekejap kembali bersama. Zain sememangnya seorang lelaki yang baik. Seimbang dunia akhirat.

"Seimbang dunia akhirat sebab benda pertama yang saya soal atau tanya dia adalah sama ada dia mampu baca surah al-Fatihah dengan sempurna,” katanya.

Tambahnya, dia juga tidak sangka anaknya itu akan beralih ke fasa menjadi seorang isteri sebelum mencecah usia 30 tahun.

"Saya tak sangka dia ingin berkahwin secepat ini sebab dia jenis terlalu obses belajar. Saya ingatkan dia tidak mahu berkahwin disebabkan pengalaman yang terjadi antara saya dengan ibunya sebelum ini," ujarnya.

Datuk A Aida juga bersyukur dan mengalirkan air mata setelah anaknya mengambil keputusan untuk menuju fasa seterusnya dalam kehidupan.

"Kita sudah jaga dia dari kecil. Tiba-tiba, dia akan dilepaskan menjadi milik orang. Selama ini, dia pergi mana kita akan ambil tahu. Tidak lama lagi dia akan menjadi milik orang sepenuhnya.

"Nanti, dia sudah tidak tinggal dengan saya. Kalau diikutkan memang saya tak nak lepaskan, tapi ini semua adalah fasa kehidupan yang saya perlu hadapi. Untuk kebaikan dia juga," jelasnya.

Sumber: Harian Metro
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us