
Didakwa kurang sihat, penyanyi popular Noorkumalasari mengesahkan keadaan terkini kakaknya, Anita Sarawak berada dalam keadaan sihat dan baik di sisi suaminya Mahathir Abdullah.
Ia sekali gus menafikan dakwaan kononnya Anita yang kini menetap di Los Angeles dalam keadaan yang tidak baik.
Menurut Noorkumalasari, 66, sebagai ahli keluarga, hanya kakak sulungnya sahaja yang dibenarkan berhubung secara langsung bersama Anita.
“ Dia (Anita) tidak hubungi saya sebab tahu saya rapat dengan media. Dia pernah hubungi kakak sulung dan hanya kirim salam pada ahli keluarga yang lain.
“Sedangkan sebelum ini, dia akan menghubungi kami semasa hari raya dan semua ahli keluarga dapat bercakap dengannya,” katanya kepada Gempak
Menurutnya lagi, kali terakhir dia dapat menghubungi Anita adalah kira-kira 10 tahun lalu sebelum Anita berangkat ke Amerika Syarikat.
Noorkumalasari bercerita lagi, ada ahli keluarga yang pergi ke sana dari Kuala Lumpur ingin bertemunya namun pulang dengan perasaan kecewa dan hampa kerana tidak dapat berjumpa langsung.
“Sepatutnya Anita bersimpati sebab individu tersebut sudah berusaha datang mencari dia, kenapa sampai begitu sekali layanannya,” katanya.
Anita Sarawaak sibuk menguruskan perniagaannya dan menjalani kehidupan sebagai orang biasa di sana.
Sumber : Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.