Pelakon dan pengarah veteran, AR Badul tampil memberikan penjelas tentang isu mempunyai hubungan dengan heroin filem Vik2ria Secret, Annie Arifin.
Malah, dia menolak dakwaan yang ketika ini dia menjalinkan hubungan dengan Annie.
Berusia 73 tahun, dia juga berhak mencari pasangan hidup lebih baik daripada dirinya dan mahu semua pihak menghentikan penyebaran berita palsu itu.
"Dari mana khabar angin ini datang? Sebelum ini, ada dakwaan mengatakan Annie adalah anak saya. Berita itu juga tidak benar sama sekali.
"Mungkin Annie boleh cari lelaki lebih baik daripada saya. Dunia sekarang memang macam ini, kita nak buat macam mana.
"Saya sudah berusia 73 tahun, takkanlah tak sedar diri lagi nak ada teman wanita.
"Bukan nak kata saya baik, tetapi saya 73 tahun, bukan 37 tahun," katanya.
Terdahulu, timbul dakwaan dalam laman sosial AR Badul menjalinkan hubungan dengan Annie.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.