Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Ary Fahrenheit Galas Tanggungjawab Sebagai Vokalis Baharu XPDC

Tahniah Ary Fahrenheit!
Izwan
07 Jun 2023, 04:46 PM

Penyanyi Ary Fahrenheit akhirnya mengambil keputusan  muktamad dan mengumumkan dia sebagai penyanyi utama XPDC bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Mael.

Menurut perkongsian pengurus XPDC, Bro Yazid, dia memaklumkan perkara berkenaan di laman media sosial.

ary fahrenheit galas tanggungjawab sebagai vokalis baharu xpdc

"Salam sahabat semua. Atas persepakatan bandboy semua, Ary mula dinobatkan sebagai penyanyi kumpulan XPDC Kita Peng Yu mulai 4 Jun 2023 semasa membuat persembahan di Baling, Kedah malam tadi.

"Terima kaseh Zan yang sudi membantu dua persembahan XPDC sebelum ini di Sungai Petani dan MAEPS Serdang. Doakan dipermudahkan urusan," katanya.

Malah, pemilihan Ary sebagai vokalis XPDC itu kerana dia mempunyai ciri-ciri yang diinginkan mereka.

"Dia seorang yang humble dan biasa saja sama macam anggota XPDC lain iaitu Amy, Zua dan Jeff. Ary pun 'sporting' dan tak berkira. Selain itu dia pun dah lama kenal mereka. Jadi tiada masalah dari segi persefahaman dan pergaulan. 

"Dia boleh bergurau dan tiada apa-apa masalah terhadapnya. Jadi kami pun tak perlu bagi dia syarat-syarat yang ketat. Kita simple saja. Yang penting tanggungjawab dia sebagai pengganti kepada arwah Mael. Kami harapkan dia bagi komitmen yang tinggi. 

"Kami juga harap dia cuba bagi sebaik mungkin seperti legasi yang ditinggalkan arwah Mael. Kami nak XPDC berada dipuncak kejayaan seperti yang diperlihatkan oleh arwah Mael. Insya-Allah dia akan bawa dan perbaiki mutu persembahan dari masa ke semasa," jelasnya.

Tambahnya, kerjasama antara mereka ini akan lebih terjalin dalam sesi latihan dan demi kemajuan XPDC di masa depan.

"Cuma kami kena bagi masa sikit lagi sehingga Ary betul-betul sesuai. Tempoh persembahan juga akan dinaikkan kepada satu jam setengah kepada satu jam 45 minit mengikut situasi. Mudah-mudahan peminat dan penganjur terima," katanya. 

Sumber: Harian Metro
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us