
Takziah buat keluarga Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah dan juga Sharifah Haslinda di atas pemergian bapa mereka, Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati yang telah menghembuskan nafas terakhir pada kira - kira jam 9.15 malam semalam, di Hospital Ampang.
Menurut sumber, bapa mereka mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Sharifah juga sempat mengucapkan terima kasih di atas titipan doa peminatnya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Sharifah Shahirah di Instagram dan mendapat ucapan takziah daripada pengikutnya di laman sosial tersebut.

“Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati telah selamat ke Rahmatullah pada pukul 9.15 malam, 11 Januari 2018 di Hospital Ampang di samping isteri, anak-anak dan sanak saudara. Semoga roh dicucuri rahmat. AlFatihah,"
Salam Takziah kepada keluarga Sharifah dan kami doakan semoga roh arwah tenang disana. Al - Fatihah.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.