Pelakon Indonesia, Baim Wong mengakui gagal menjadi suami dan ketua keluarg atas keterlanjuran katanya dan mendedahkan aib isterinya, Paula Verhoeven.
Sebelum ini Baim Wong mendakwa isterinya berlaku curang dan terus memfailkan penceraian terhadap isterinya. Tidak cukup dengan itu, aktor berusia 43 tahun itu juga membuat sidang media dan memperincikan segala yang berlaku dalam rumahtangganya.
Bagaimanapun, Baim Wong tidak menyesal dengan keputusan yang diambil (bercerai).
Ternyata pasrah dengan nasib yang menimpah rumahtangganya, Baim ingin menenangkan diri memandangkan ramai pihak menyalahkannya berhubung kes tersebut.
“Perasaannya sekarang ya salahkan sahaja aku yang mungkin gagal sebagai suami,” luahnya menerusi satu video di Tiktok @pagipagiambyarttv
“Lebih ke arah mendamaikan diri sahaja dulu, tenangkan diri kerana terlalu banyak kejadian yang mungkin kita benar akhirnya malah jadi pembahasannya berbeza
“Makanya sekarang mendamaikan diri dulu sahaja,” jelasnya.
Sumber : Tribunnews
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.