Pelakon kanak - kanak terkenal iaitu Puteri Balqis kedengaran ceria apabila dihubungi Astro Gempak berkenaan posting Instagramnya baru - baru ini.

"Tak lama lagi Aqish akan ada a new dad," katanya ceria.
"Dah terlalu lama Mommy korbankan segalanya untuk Aqish sampai dia lupa dengan kebahagiaan diri sendiri.
"Banyak sangat air mata yang tumpah, tapi sekarang Aqish dah nampak senyuman pada Mommy," kata Aqish lagi kepada Gempak.
Puteri Balqis turut menjelaskan jejaka tersebut bukan sahaja menaikkan semangat dirinya tetapi juga ibunya.
"Dah lama Aqish tak tengok Mommy gembira macam ni apatah lagi menjaga Aqish yang sakit sebelum ini.
"Tapi sekarang semuanya rasa ceria. I finally feel alive again,"
"Bertemu dengan 'F' memberi saya satu nafas baru untuk saya menumpukan pada keluarga dan juga karier.
Ibu Puteri Balqis juga mengatakan jejaka pilihannya itu sangat supportive, memahami, membantu dari segenap segi tetapi pada masa yang sama tahu batas-batasnya dengan saya dan Aqish.
"Insya-Allah dalam masa terdekat. Tapi saya hanya buat kecil-kecilan sahaja untuk keluarga dan rakan terdekat.
"Doakanlah semoga saya dan keluarga dapat menikmati kebahagiaan dan selepas ini juga dapat tumpukan untuk Aqish mencapai cita-citanya menjadi pelakon yang berjaya," jelas Nouryl.
Kredit Gambar: Nouryl dan rockingbalqis
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.