Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Tidak Mahu Simpan Dihati, Bapa Along Spoon Sudah Maafkan Pembunuh Anaknya

Kuat sangat hati seorang bapa!
Izwan
26 Jun 2024, 07:08 PM

Bapa kepada penyanyi, Allahyarham Along Spoon iaitu Shafiee Mohd Yusof sudah lama memaafkan pembunuh anaknya.

tidak mahu simpan dihati, bapa along spoon sudah maafkan pembunuh anaknya

Mesra disapa Pak Engku, dia mengakui tidak boleh menerima hakikat berita mengenai kematian anaknya itu pada mulanya.

“Saya sudah maafkan dia dari dulu lagi. Apa yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT.

“Pada awalnya, saya sukar untuk menerima kenyataan dengan cara pemergian anak saya itu dan itu adalah kesilapan saya.

“Selepas sekian lama, saya cakap 'Ya Allah, Kaulah berkuasa dan aku terima segalanya,” katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Namun, Pak Engku memaklumkan dia tidak mahu berjumpa dengan individu itu.

“Saya tiada keinginan untuk berjumpa dengannya. Hati ini sudah terluka, itu dia punya hal. Tetapi kalau dia datang nak minta maaf, saya terima. Tiada masalah pada saya. Kalau saya sendiri nak jumpa dia, mungkin tidak payahlah,” katanya.

Tambahnya, setakat ini individu terbabit yang dibebaskan dari penjara tahun lalu tidak pernah datang untuk memohon maaf kepadanya dan keluarga.

“Saya menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah. Bagi saya, apabila pesalah sudah dilepaskan tidak mengapa kerana dia lepas di dunia tetapi esok di akhirat menjawablah.

“Lagipun, ajal maut ketentuan Allah. Kalau saya sihat dan gagah perkasa, saya tunggu dia depan penjara,” katanya.

Terdahulu, bekas anggota polis, Mohd Ya'cob Demyati yang menjalani hukuman penjara 33 tahun dibebaskan pada 16 November tahun lalu.

Sumber: Harian Metro
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us