Selepas tiga minggu bertarung nyawa melawan jangkitan COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), bapa penyanyi Azlan Typewriter meninggal dunia pada Rabu petang.
Allahyarham Sallehudin Che Ani, 68, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.25 petang di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang.
Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Roslee Sallehudiin, 39, turut berkata saat yang paling menyedihkan apabila hanya mampu melihat detik terakhir pemergian bapanya menerusi panggilan video sahaja.
"Perasaan saya sayu apabila tengok sendiri Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.
“Pihak hospital beri kebenaran kami buat panggilan video dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi tersebut.
“Bila sampai tahap tak boleh uruskan jenazah sebab COVID-19, saya hanya berserah kepada ketentuan Allah,” katanya.
Azlan sebelum itu memaklumkan bahawa ayahnya sudah tiada harapan untuk hidup selepas dijangkiti COVID-19 dan ditambah lagi dengan penyakit kronik yang dialami bapanya.
Kali terakhir dia bertemu dengan bapanya sekitar tiga minggu lalu sebelum arwah dimasukkan ke hospital.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.