Penyanyi, Aina Abdul tampil memberikan penjelasan dan menangkis dakwaan bayaran dikenakan ketika mengadakan persembahan di sebuah acara di Melaka terlampau tinggi.
Berusia 30 tahun, penyanyi itu menegaskan permintaan itu setimpal dengan hasil kerjanya dan juga pasukannya.
Malah, dia akan dibantu pasukan profesional meliputi segenap aspek yang juga sebahagian daripada kos dikeluarkan.
“Sejujurnya saya seorang yang ‘perfectionist’ apabila persediaan untuk sesuatu acara saya dapatkan khidmat pakar meliputi busana, solekan, penata gaya sehingga jurugambar.
“Seorang Aina Abdul kalau keluar, persiapannya mengambil masa berjam-jam, disiapkan rapi pasukan yang juga sangat mementingkan kesempurnaan.
“Jadi bayaran yang saya terima adalah untuk pasukan saya sekali gus kesempurnaan yang saya tampilkan adalah hasil kreativiti mereka,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.