Selepas kerajaan Indonesia membuat keputusan untuk melaksnaakan kembali Pembatasan Sosial Berskala BEsar (PBB), penyanyi Indonesia, Bung Citra Lestari (BCL) mengambil peluang menziarahi pusara arwah suaminya, Ashraf Sinclair di San Diego Hills Memorial Park.
PSBB akan dilaksanakan mulai hari ini (Isnin) di mana seluruh warga Jakarta diwajibkan melakukan segala kegiatan dari keselesaan kediaman sendiri termasuklah bekerja dan belajar.
Perkara tersebut dikongsikan oleh ibunya sendiri, Emmy Muchils di Instagram kepunyaannya.
“Al fatihah untuk daddy Ash,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Emmy menemani BCL dan anak lelakinya, Noah mengunjungi pusara arwah menantunya itu pada Sabtu lalu.
Terdahulu, suami BCL, Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari. Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.