Jika meninjau media sosial semalam, pasti ramai yang muat naik ucapan Hari Bapa untuk ayahanda tercinta tidak terkecuali para selebriti di seluruh dunia.
Begitu juga, penyanyi dan pelakon terkenal dari negara jiran Bunga Citra Lestari yang titipkan ucapan Hari Bapa buat arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair. Meskipun, beliau sedang menjalani kuarantin kerana positif Covid-19, BCL tidak lupa menulis ucapan buat arwah suami tercinta.
“Happy Father’s day. Terima kasih telah memberikan banyak sekali ketawa dan kebahagiaan untuk Noah.
“Terima kasih telah mengajarkan Noah tentang kehidupan. Terima kasih telah mengajarkan Noah untuk mencintai dirinya, memaafkan dirinya sendiri bila salah, dan belajar dari kesalahan itu.
“Thank you for teaching him how to be a man. You will forever be Noah’s hero,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam hantaran tersebut, BCL turut memuat naik video kenangan lama Ashraf dan Noah sedang gelak ketawa di pantai.
Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis menitipkan doa dan ucapan mengenangkan pemergian arwah.
Allahyarham Ashraf Sinclair menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari tahun lalu di pusat perubatan di Jakarta, Indonesia akibat serangan jantung.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.