Md Nurul Azman Salilholdin@Salilhaldin yang merupakan bekas gitaris kumpulan rock Ekamatra, bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 30 tahun selepas mengaku bersalah di atas tuduhan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas.
Dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Alor Setar hari ini. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada jam 2 hingga 6 petang pada 25 Februari lalu. Dalam satu lagi pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Majistret, Md Nurul Azman mengaku tidak bersalah atas dakwaan pecah rumah pada 5 Disember yang lepas. Kesalahan itu disiasat mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda.
Mahkamah telah menetapkan 23 Mac ini untuk penetapan hukuman dan tertuduh tidak dibenarkan di ikat jamin.
Sumber dari Astro Gempak dan Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.