
Bekas isteri Faizal AF, Sahidatul Najiha tampil menjelaskan perkara yang sebenar selepas dia berang dengan dakwaan yang mengatakan dirinya adalah punca penceraian mereka.
Disebabkan dakwaan tersebut, dia mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Facebooknya dengan menulis:-
"Berbangga benar bagitahu bila tiga kali BERKAHWIN. Bertangungjawab dari segi mana tuu?
"Orang yang bertanggungjawab ni dia laksanakan tugas yang Allah berikan. Bukan bercakap seperti tin kosong! Tingg tinggg habuk pun takdakkkk!" tulisnya.

Selain itu, Najiha juga membidas kenyataan daripada Faizal yang mengatakan punca penceraian mereka adalah kerana wanita itu tidak memahami kerjayanya sebagai seorang artis.
Najiha juga turut melabelkan suaminya sebagai plastic kerana tidak menjelaskan perkara yang sebenar.
"Plastik, kuat propa... Bukan mu naik kaki tangan dan main perempuan ke waktu dengan aku?" tulisnya. "Plastik, kuat propa... Bukan mu naik kaki tangan dan main perempuan ke waktu dengan aku?" tulisnya.
"Plastik, kuat propa... Bukan mu naik kaki tangan dan main perempuan ke waktu dengan aku?" tulisnya.
Melalui laporan Insta Online, Najiha tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes penceraian mereka kerana kes masih lagi dalam perbicaraan mahkamah.
"Kenyataan yang diberikan olehnya tidak sama dengan apa yang kami lalui.
"Tidak ada pihak ketiga dan boleh saya katakan kami bercerai disebabkan oleh dia sendiri.
"Jika dia kata saya tidak boleh menerima kehidupannya sebagai seorang artis, sudah pasti saya tidak akan berkahwin dengan dia sebelum ini.
“Saya nekad untuk menfailkan perceraian ini kerana merasakan sudah tiada persefahaman. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” cerita Sha.
Sumber: Astro Gempak/ Insta Online / Facebook Sahidatul Najiha
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.