Bekas pemain bass pertama kumpulan XPDC (Tragedy) serta Meditasi dan Garuda, Man Tobey disahkan telah meninggal dunia pada jam 12.04 malam tadi di Hospital Selayang.
Anaknya, Nur Anis Sofea sendiri yang memaklumkan kepada Harian Metro dan rakan-rakan penggiat seni.
Tambahnya, ayahnya menghembuskan nafas terakhir malam tadi setelah dimasukkan ke hospital tiga hari lalu.
Yahya Rashid atau mesra disapa Man Tobey telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 30 Mei tahun lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.
Kemalangan itu telah menyebabkan kecederaan tulang belakang, leher dan tangan kirinya patah.
Malah, tulang belakangnya menutup saluran pernafasan sehingga terpaksa menggunakan mesin bantuan.
Namun pada hari kejadian dia masih belum pulang walaupun sudah jam 10 pagi. Anis kemudian menerima panggilan dari seorang rakan memberitahu ayahnya kemalangan di lokasi itu membabitkan sebuah treler.
Pembedahan kedua telah dijalankan iaitu menebuk leher untuk pasang alat pernafasan dan tidak mampu bercakap lagi selepas itu.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Garing, Rawang hari ini.
Allahyarham meninggalkan balu, Zamidah Ishak, 62, dan dua anak, Nurul Fatin Athirah, 25, dan Nur Anis Sofea, 23.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.