Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi dia turut menumpang rasa gembira dengan perkahwinan bekas suaminya Shawn Rivera walaupun mengetahui berita itu menerusi hebahan dalam Instagram (IG).

Berusia 46 tahun, Jaclyn memaklumkan dia sebelum ini pernah menyatakan enggan berumah tangga lagi selepas perpisahan mereka.
“Sudah tentu saya tahu, sejujurnya saya sangat gembira sebab sebelum ini dia pernah kata tidak mahu berkahwin semula.
“Akhirnya dia bertemu dengan seseorang, bahkan saya memberikan ucapan tahniah dalam Instagram Story dengan kapsyen doakan yang terbaik buatnya dan isteri,” ujarnya.
Walaupun sudah bercerai, Jaclyn tetap menganggap dia sebagai bapa kepada anaknya dan masih bersahabat dengan bekas suaminya demi anak-anak.
“Kami masih lagi berkawan dan cuba menjadi ibu bapa yang terbaik malah bekas suami masih lagi berhubung dan berkomunikasi dengan anak-anak.
“Cuma dia tidak tinggal di sini. Jadi hanya teknologi mendekatkan mereka dan kebetulan awal Mei lalu dia pulang ke Malaysia, sempatlah bertemu anak-anak,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.