Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Bella Astilah Dedah Ada Heroin Drama Jatuh Cinta Dengan Aliff Aziz

Sampai call berkali-kali.
Aimi Amira Nordin
30 Jan 2023, 01:23 PM

Isteri kepada Aliff Aziz yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astilah mendedahkan ada pelakon wanita yang jatuh cinta dengan suaminya itu.

Pendedahan tersebut menjawab kepada perkongsian Bella di Instagram story sebelum ini yang seakan memberi amaran kepada seseorang agar tidak mengganggu rumah tangganya.

Jelas Bella lagi, dia trauma sekiranya kejadian lama berulang kembali.

“Mengenai posting di Instagram, saya sebenarnya risau seandainya kejadian lama berulang kembali. Sebagai isteri, saya memang ada perasaan trauma.

Dalam satu video yang dimuatnaik Media Hiburan, Bella menjelaskan Aliff sudah banyak berubah sejak mereka rujuk.

“Selepas Aliff buat comeback, dia shooting dengan ramai pelakon wanita seperti Nad Zainal dan Intan Najwa tapi tiada masalah pun.

“Sampailah yang baru-baru ini, memang ada masalah. Posting tersebut merupakan amaran dan saya sudah pun bertanya kepada Aliff berhubung isu tersebut. Kata orang, sebelum apa-apa kita kena tanya suami dahulu," katanya kepada Media Hiburan.

 

Apa yang membuatkan Bella geram adalah pelakon tersebut kerap kali menghubungi Aliff.

“Bila hari-hari ada missed call tujuh hingga lapan kali, rasanya itu tidak perlu.

Bella ada meminta nombor individu tersebut daripada rakan artis dan ternyata ia nombor yang sama.

“Rasanya individu tersebut pun sedar yang saya dah tahu. Saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang tapi tidak pernah pun berhubung selepas waktu kerja. Kalau telefon sekali dua, saya faham lagi. Tapi kalua tujuh, lapan kali saya tak Nampak sebabnya,” kongsi Bella lagi.

Bella turut memberitahu yang pelakon tersebut sudah pun meminta maaf dengannya dan mengakui kesilapannya.

“Saya ada berhubung dengan pelakon wanita tersebut. Dia memohon maaf dan mengakui dirinya bodoh kerana tersuka pada suami saya. Dia direct message dan Whatsapp tanpa henti. Dia minta berkawan, tapi saya tak mahu.

Bella memberitahu, dia masih memerlukan masa untuk memaafkan individu tersebut.

Sumber : Media Hiburan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us