Selebriti terkenal Aliff Aziz ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya Bella Astillah yang baru sahaja 20 hari melahirkan bayi pertama mereka.
Kejadian berlaku di pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras apabila Bella yang ditemani ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain.
‘Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti.
“Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas telefon bimbit pengadu.
“Suami berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit pengadu,”katanya.
Bella dikatakan telah dicampak dengan telefon bimbit selepas Aliff berjaya memadam bukti tersebut dan sekaligus menyebabkan luka di mulut dan lutut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Kredit : Utusan Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.