Baru-baru ini, isteri kepada pelawak Harith Iskander, Dr Jezamine Lim mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Jun lalu.

Susulan itu, perbicaraan kes perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur yang seharusnya berlangsung pada 15 Julai ini ditunda ke satu tarikh baharu.
Peguam mewakili Dr Jezamine, Datuk Akberdin Abdul Kader telah mengesahkan perkara tersebut kepada pihak media.
Beliau memaklumkan perbicaraan tersebut terpaksa ditunda disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
“Seperti sedia maklum kes itu memang wujud. Tarikh sudah ada, tapi ditunda kerana mahkamah ada urusan lain. Kami akan maklumkan tarikh baharu selepas ini.
“Kedua-duanya memberi kerjasama yang baik. Jadi, tunggu tarikh baharu yang akan dimaklumkan,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.