Penyanyi, Black Hanifah tampil menafikan kenyataan orang ramai apabila warganet mengatakan dia membeli kapal persiaran mewah di Langkawi menggunakan hasil daripada penggubahan wang haram.
![black hanifah guna wang haram beli kapal persiaran mewah?](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets2/oap/2023/lirik bom sinar/b4_24.jpg)
Malah, dia juga memaklumkan jika dia menggunakan wang haram pasti akan ditahan pihak berkuasa.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya perkara itu kerana ia tidak benar sama sekali! Saya memiliki perniagaan yang berdaftar, saya bayar cukai setiap tahun. Sebagai rakyat Malaysia, saya patuh dengan undang-undang negara.
"Kalau benar saya cuci duit, SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) dan polis mesti akan siasat dan saya tidak duduk di sini, saya duduk dalam lokap.
"Saya masih selamat kerana saya buat benda yang betul. Semua aset yang saya miliki hasil simpanan dan perniagaan atas talian yang berjaya selain daripada doa orang sekeliling," katanya.
Tambahnya, dia masih berfikiran waras dan mengambil pendekatan untuk tidak melanggar undang-undang bagi mengaut keuntungan dengan cara mudah.
Kapal persiaran mewah miliknya itu dibeli menggunakan hasil duitnya sendiri dan bukanlah seperti apa yang digembar-gemburkan.
Malah, dia juga bersyukur apabila hasil simpanan dan kerja keras sejak beberapa tahun lalu membuahkan hasil sehinggga dapat memiliki hasil tersebut.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.