Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Sudah 13 Tahun Dikongkong, Britney Spears Mahu Kebebasan Mohon Singkirkan Bapa Sebagai Penjaga

Bapa Britney diberi arahan memikul peranan tersebut oleh mahkamah
nura
25 Jun 2021, 04:12 PM

Bintang pop lagenda, Britney Spears membuat pengakuan dia tertekan dan tidak bahagia dengan kehidupan dia selama 13 tahun ini. Dia memohon untuk menyingkirkan bapanya, Jamie Spears sebagai ‘penjaga’ (conservator) di Mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat pada Rabu.

sudah 13 tahun dikongkong, britney spears mahu kebebasan mohon singkirkan bapa sebagai penjaga

"Saya hanya mahukan kehidupan saya kembali seperti biasa… Saya bukan ‘hamba’ kepada sesiapa. Saya alami tekanan, tidak boleh tidur dan saya tidak gembira dengan kehidupan ini," katanya.

Pada tahun 2008, bapa Jamie Spears diberi arahan memikul peranan tersebut oleh mahkamah apabila Britney didakwa mengalami masalah kesihatan mental.

Hak itu sudah berlarutan selama 13 tahun dan nyata ibu kepada dua anak ini tidak mahu hal berkenaan terus menjejaskan kehidupannya.

Dengan ‘hak’ yang diberi kepada bapanya, Jamie bertanggungjawab menguruskan segala urusan berkaitan perubatan, kewangan dan semua urusan peribadi bintang itu.

sudah 13 tahun dikongkong, britney spears mahu kebebasan mohon singkirkan bapa sebagai penjaga

Tahun lalu, Britney gagal dalam cubaannya untuk ‘menyingkirkan’ bapanya daripada mengawal kehidupan dan hal-hal peribadinya selepas Mahkamah Los Angeles memutuskan perkara itu akan terus berkuat kuasa sehingga tahun ini.

Penyanyi lagu Opps! I Did It Again ini turut membuat permohonan untuk membolehkan pengurusnya, Jodi Montgomery, memainkan peranan tersebut.

Di hadapan hakim di mahkamah sama, Britney tampil sekali lagi menyifatkan ‘penjagaan’ ini sebagai satu penderaan terhadap dirinya. 

"Kepada mereka semua yang terlibat dalam perkara ini termasuk bapa dan pengurusan saya, mereka seharusnya dipenjarakan," ujarnya.

Selain itu, Britney berkata, dia merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, Sam Asghari, dan memiliki anak namun mereka (bapa dan pengurusan) memasang alat pencegahan kehamilan (contraceptive device) terhadapnya dan menghalangnya untuk mengandung lagi.

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan Kevin Federline, Britney hanya memperoleh 30 peratus hak penjagaan selepas Federline diberikan hak penjagaan tunggal untuk menjaga kedua-dua anak mereka.

sudah 13 tahun dikongkong, britney spears mahu kebebasan mohon singkirkan bapa sebagai penjaga

Antara perkara lain di bawah hak penjagaan itu, Jamie juga bertindak ‘melarang’ Britney untuk melakukan rawatan kecantikan diri melibatkan kuku, rambut dan urutan akupuntur.

‘"Dia (Jamie) dengan arahan yang diberikan ini dan kawalan yang dilakukan ke atas saya.

"Apa saya lalui merupakan satu situasi yang memalukan dan tidak bermoral, saya rasa dibuli," tambahnya.

Sementara itu, menerusi satu kenyataan daripada Jamie yang dibaca oleh peguamnya di mahkamah, dia berkata hanya mahu membantu anak perempuannya itu.

“Saya berasa sedih melihat dia menjalani kehidupan dalam penderitaan dan kekecewaan, Jamie sangat menyayangi Britney," kata peguamnya.

Ketika ini, hashtag #FreeBritney sedang sohor dan berleluasa digunakan khususnya di pelbagai platform media sosial oleh penyokong serta peminatnya dari seluruh dunia.

Rakan-rakan selebriti ternama dari industri hiburan juga tidak ketinggalan memberi sokongan kepada Britney untuk memperjuangkan nasibnya. Antara selebriti yang menunjukkan solidariti ialah Chrishell, Justin Timberlake, Mariah Carey, Brandy, Khloe Kardashian, serta ramai lagi.

sudah 13 tahun dikongkong, britney spears mahu kebebasan mohon singkirkan bapa sebagai penjaga

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }