Penyanyi rap, Bunga Isme menjawab dakwaan tentang hubungan dengan pasangannya dan dia akhirnya mengesahkan telah sah bergelar isteri kepada komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri, tahun lalu.

Berusia 24 tahun, penyanyi rap itu memilih untuk menyembunyikan pernikahan demi menghormati keluarga kedua belah pihak.
“Saya sudah berkahwin. Alhamdulilah kami sudah berbincang tentang hal ini, semua urusan dipermudahkan.
“Pernikahan kami sudah pun berlangsung pada tahun lalu. Saya cuma hanya boleh cakap, selepas selesai belajar, rezeki (pernikahan) itu datang lebih awal.
“Saya pun tidak menjangkakannya tetapi saya menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga merahsiakannya,” katanya.
Majlis berlangsung sederhana, dia mengakui semuanya diraikan dalam kelompok keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.