Penyanyi dan pelakon, Cat Farish sah bergelar suami kepada pasangannya, Shikin Maembong dengan sekali lafaz pada jam 9.07 malam tadi.

Berusia 49 tahun, Cat Farish bersyukur majlis akad nikah bersama Shikin Maembong berjalan dengan lancar di Asiana Grand Hall, Setapak dengan mas kahwin RM200.
Malah, majlis akad nikah disempurnakan juru nikah, Ustaz Mohd Shukri Shafie dari Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota, di sini, dan diwalikan bapa Shikin, Ismail Embong.
Pasangan yang sama cantik, sama padan itu dilihat memakai busana serba putih dan pihak pengantin perempuan menghantar lima dulang hantaran serta berbalas tiga dulang daripada pihak pengantin lelaki.
Kedua belah keluarga juga dilihat turut hadir bagi memeriahkan majlis akad nikah yang berlangsung itu.
Semoga pasangan mempelai kekal hingga ke jannah dan selamat melayari bahtera perkahwinan.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.