Tak boleh dinafikan kita akan melakukan apa sahaja untuk orang yang kita sayang, selagi mana diri ini mampu.
Itulah yang dikongsikan oleh Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Wan.
Dalam sebuah hantaran di akaun Instagramnya, beliau berkongsi cerita tentang membeli katil siang demi keselesaan ibu tercinta ketika menonton televisyen.
"Saya nak beli katil siang (day bed) untuk emak saya dalam bilik tv di tingkat atas. Selalunya dia akan tengok TV dan tertidur. Jadi tak perlulah dia tidur di sofa tetapi hanya pindah ke katil yang ada dan tidur dengan selesa tanpa perlu nak turun ke bawah ke bilik dia.
"Kasihan tengok emak kita dah tua, sakit pulak tu tak larat so I decided to get a bed for her la. Kalau saya perlukan tidur sekejap waktu tengahari, saya pun boleh tidur di bilik TV juga, tak payah nak tidur di bilik tidur utama.
Tambah Chef Wan, tak perlulah katil besarnya bersepah hanya untuk tidur sekejap dan dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik apabila tidak perlu membuka penghawa dingin kerana bilik tidur utamanya besar.
Tapi bukan itu saja yang dibeli oleh Chef Wan. Ramai pasti terkejut apabila dia turut membeli katil bayi (baby cot), tetapi untuk siapa? Rupa-rupanya dia beli untuk kucing kesayangan.
"By the way i also saw this baby cot in the shop too. Jadi saya beli juga katil ni untuk kucing kesayangan saya, Jade. Nanti bila Neil dah sampai, dua-dua boleh kongsi katil ni lah.
"Jangan berperang sudah. Am I crazy to get this for my cat? Dah sayang punya pasal! Macam la perpatah kata, Sayang kan anak kita tangan-tangan kan. Sayang kucing habis semua kita beli kan!" seloroh Chef Wan.
Aduhaiiii, untung lah jadi kucing Chef Wan.
Sumber: Instagram / Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.