Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila komen bersifat jenaka cef selebriti Chef Wan mengenai gaun dipakai pelakon Bollywood, Aishwarya Rai pada Festival Filem Cannes telah disalah tafsir sehingga disiasat polis.
Berusia 66 tahun, Chef Wan menekankan dia tiada niat jahat dan berani tampil memohon maaf atas komen dibuat selain menegaskan bukan bertujuan mempersendakan agama Hindu.
“Bukan niat sebenar saya untuk bersikap perkauman mahupun burukkan agama Hindu. Sebagai seorang cef televisyen, saya sentiasa menghormati semua budaya dan agama di seluruh dunia.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk membuat permohonan maaf kepada semua penganut agama Hindu kerana telah membuat kenyataan sedemikian. Saya minta maaf,” katanya.
Malah, dia juga tidak mahu lebih ramai terasa hati dan menjelaskan dia hanya berseloroh serta memberi pandangan sebagai netizen terhadap gaun yang digayakan pelakon tersebut.
“Fikiran saya serta-merta memikirkan material digunakan pereka sering dilihat di perayaan Thaipusam kavadi yang diraikan di Batu Caves.
“Sebab ramai juga pengikut saya komen di situ nampak macam bulu burung merak. Saya menganggap haiwan itu cantik. Saya tidak berniat langsung untuk menghina agama lain,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.