
Uji Rashid tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya Cico Harahap, 40 bisu dan buta huruf. "Saya ingin tegaskan di sini, Cico tidak mengalami masalah seperti yang diperkatakan. Memang saya geram dibuatnya apabila cerita itu timbul dan sengaja diada-adakan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif.
"Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya. Racun itu beri kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya,” katanya.
Pada Disember 2016, Cico dilaporkan menghadapi masalah kesihatan selepas keluar bersama rakannya pada malam itu. Dia telah diracun dan ada seseorang yang telah meletakkan barang bahaya di dalam minumannya.
Dalam artikel yang disiarkan oleh Harian Metro, Cico dihantar pulang dan ditinggalkan di depan pintu rumah. Penyanyi popular era 70 an, Uji Rashid berkata anaknya itu telah dianiayai malah telefon bimbitnya telah direndam dalam asid sehingga tidak boleh berfungsi lagi. Cico juga telah meminta kebenaran dari ibunya sebelum keluar rumah untuk berjumpa dengan rakan-rakannya malah selepas kejadian yang berlaku pada malam itu, dia tidak pulang ke rumah walaupun sudah dihubungi berkali-kali.
Uji Rashid juga telah membawa Cico untuk berubat malah dengan menjalani rawatan perubatan Islam untuk memulihkan keadaan anaknya. Uji Rashid juga berdepan dengan masalah tidak mampu membayar sewa kondominiumnya berharga RM1000 sehingga dia terpaksa memohon rumah Projek Perumahan Rakyat.
"Sudah banyak pengalaman saya tempuh. Kalau esok saya jatuh, hari seterusnya saya kena bangun kembali demi cucu dan anak saya yang tidak mampu ini. Faktor usia yang meningkat jadi faktor utama saya berbuat demikian, selain fikirkan kebajikan Cico dan cucu saya, Rindu Nur Fitrah," katanya.
Sumber dari Harian Metro dan The Reporter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.