
Cik B, anak kepada usahawan Datuk Seri Vida yang juga seorang pempengaruh dan penyanyi, sekali lagi menarik perhatian ramai dengan pengumuman besar dalam hidupnya bahawa dia akan melanjutkan pelajaran ke Sepanyol.
Cik B telah memuat naik hantaran di TikTok menunjukkan dirinya memilih beberapa pasang baju untuk disusun dalam bagasi yang akan dibawa ke destinasi baru.
Dalam hantaran tersebut, Cik B meminta pengikutnya meneka lokasi di mana dia akan melanjutkan pelajaran.
Menariknya, ada yang berjaya meneka Sepanyol setelah adiknya, Kacak, secara tidak sengaja mendedahkan lokasi itu dalam sesi siaran langsung sebelum ini.
Ruang komentar hantaran itu dipenuhi oleh pengguna media sosial yang rata-rata teruja dengan keputusan pempengaruh berusia 19 tahun ini.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.