Penyanyi, Datin Alyah mengumumkan tarik diri daripada program nyanyian realiti, The Hardest Singing Show (THSS) bagi menunaikan ibadah haji pada 12 Jun depan.

Berusia 43 tahun, dia memohon maaf kepada semua peminat dan pihak produksi program berkenaan atas pengunduran itu.
Dia memaklumkan berita tersebut menerusi video mesej yang ditayangkan pada malam program itu.
“Saya memohon maaf kepada tenaga kerja produksi dan mereka yang menantikan persembahan saya.
“Saya tidak dapat meneruskan program ini kerana mendapat panggilan untuk menunaikan ibadah haji pada 12 Jun depan,” katanya.
Alyah turut mengharapkan agar peminat dapat mendoakan agar dia mendapat haji mabrur kelak.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.