Pelakon Datin Niena Baharun yang telah selamat melahirkan anak kedua pada 20 Oktober lalu kini sudah tamat menjalani fasa berpantang.
Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun berkongsi pengalaman berpantang yang diamalkan dirinya.
Beliau berkongsi di Instagramnya (IG) betapa pentingnya bagi wanita bersalin untuk mengamalkan amalan penutup pantang selepas bersalin bagi mengekalkan tenaga kaum wanita.
“Merdeka! Bila tengah berpantang, yang paling Niena tak sabar nak buat adalah penutup pantang. Sebab yang ni special sikit dari pantang yang biasa.
“Special itu dari segi rawatan, contohnya selain urut, tungku, scrub ada tambahan seperti tangas kering, ungkup wangi, mandi susu, mandi garam dan mandi bunga! Yang ni kalau nak buat semua ambil masa dalam 3 hari. Tapi kalau buat tangas kering dan mandi bunga saja pun dah ok!” tulisnya di ruangan kapsyen.
Niena turut menyatakan amalan ini adalah petua orang dulu-dulu untuk mengelakkan badan masuk angin, naikkan seri wajah ibu, kembalikan keyakinan atau tenaga ibu dan merawat aura negatif seperti stress, penat dan sakit badan sepanjang tempoh berpantang.
Terdahulu, Niena mendirikan rumah tanga bersama Datuk Aliff Firdaus pada 1 Februari 2018. Dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang putera, Adiel Mikail yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.