Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

"Saya Maafkan Orang Buat Cerita Tak Betul" - Datuk Nash Kembali Sihat

Alhamdulillah Datuk Nash sudah kembali sihat
Aimi Amira Nordin
05 Dec 2022, 03:22 PM

Semalam vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nashrudin Elias memuat naik gambar dan keadaan kesihatannya di Facebook. Beliau yang lebih mesra disapa dengan Datuk Nas memohon rakan-rakan dan peminat mendoakan kesihatannya. 

Badannya tiba-tiba mengalami kekejangan dan kakinya tidak dapat bergerak ketika hendak menunaikan solat Maghrib. Menurutnya keadaan agak terburu-buru usai pulang Sarawak kerana harus menghadiri dua jemputan majlis perkahwinan. 

"Tiba kat rumah dah nak masuk waktu Maghrib, saya pun ambil wudhuk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan tangan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak.

"Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Seluruh badan saya cramp, kaki tak boleh gerak." jelasnya. 

Namun, di sebalik keadaan kesihatan Nash itu ada yang menyampaikan cerita tidak benar serta memuat naik semula gambar keadaan dirinya ketika mengalami kemalangan sebelum ini. 

Tidak mahu ada salah faham, Nash memuat naik video di Facbeook dan keadaannya sudah kembali sihat. Nash juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatannya. 

"Memang saya hadapi kesakitan pinggang saya yang amat sangat, tapi tidak lah sampai kritikal.

"Sehinggakan ada saudara mara serta adik beradik saya dan juga sahabat-sahabat baik saya call saya tanya betul ke yang saya ni dalam keadaan teruk sangat dan kritikal.

"Ada yang menangis teresak-esak bila dengar suara saya dalam phone.

Bagaimanapun, Nash memaafkan mereka yang menyebar berita yang tidak benar mengenai dirinya. 

"Apapun saya maafkan mereka yang buat laporan perkara yang tak betul dan juga mereka yang upload kan balik gambar semasa saya dalam kemalangan jalan raya 2 tahun lepas.

Tak apa lah perkara dah pun berlaku, saya maafkan." jelasnya dalam hantaran video di Facebook. 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us