Usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri sebelum ini pernah menggelarkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu Malaysia berikutan lagu-lagunya sentiasa menjadi trending di Youtube.
Baru-baru ini usahawan tersebut meninggalkan komen di salah satu hantaran video di Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi komen tersebut Aliff Syukri sempat memuji penyanyi tersohor itu dan bertanya adakah pelantun lagu Anta Permana itu mengenali dirinya.
"Cantikyaa awak idola saya. Awak kenal tak saya artis nombor 1 ni? " tulis Aliff Syukri

Komen tersebut menarik perhatian Siti Nurhaliza dan beliau membalas komen tersebut dengan bersahaja.
"Mestilah kenal awak penyanyi nombor satu, saya kat belakang awak ya" balas Siti Nurhaliza.
Jawapan Siti Nurhaliza yang seakan memberi laluan kepada Aliff Syukri untuk menjadi penyanyi nombor satu di Malaysia membuatkan netizen terhibur dan ada yang menganggap Tokti terpaksa memberi jawapan begitu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.