Penerbit, Datuk A Aida memaklumkan dia tidak lagi bekerjasama dengan pelakon sensasi, Ruhainies susulan dakwaan berkhalwat dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.

Memetik laporan mStar, dia menyifatkan sikap dan tindakan tersebut bukan perkara kecil dan ia akan memberi impak kepada karya terbitan miliknya.
Malah, Ruhainies dikatakan bakal memulakan penggambaran telefilem pada April, namun pihak produksi A Aida sudah mencari pelakon wanita untuk menggantinya.
“Saya tak nak ambil dia berlakon lagi. Apabila isu ini berlaku, saya tahu ia akan menjejaskan drama atau telemovie terbitan saya.
“Kita berbincang dan sudah tetapkan tarikh. Cuma belum tandatangan kontrak sahaja. Kalau sudah tandatangan pun, saya sebagai penerbit berhak buang namanya.
“Bagi saya isu yang berlaku ini serius dan dia terpaksa akur namanya tidak lagi terlibat dalam telemovie itu nanti,” katanya.
Sementara itu, penerbit itu juga mahu terus menjaga hubungan baik dengan selebriti, Bella Astilah yang merupakan isteri kepada Aliff.
Sumber: MStar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.