Pelakon, Datuk Jalaluddin Hassan meluahkan rasa syukur apabila dia tidak mengalami masalah kesihatan kronik selepas dirawat hampir seminggu di hospital.

Dia dirawat di hospital akibat jangkitan kuman dalam saluran kencing, pada Jun lalu.
Namun, pelakon veteran itu bersyukur dia kini sudah pulih sepenuhnya dari jangkitan kuman itu.
"Doktor beri antibiotik dan saya juga teruskan rawatan untuk usus di hospital dan masalah tidak lawas buang air besar," katanya.
Tambahnya, dia akan terus pulang ke rumah selepas selesai penggambaran untuk berehat.
Dia juga kini berkongsi suka membaca al-Quran bagi membantu daya ingatannya lebih cergas dan tidak mudah lupa, lebih-lebih lagi sebagai pelakon dia perlu menghafal skrip.
"Selain beri ketenangan jiwa, rezeki kita pun murah. Kalau sehari tidak mengaji, saya berasa hidup tidak lengkap.
"Bila jatuh sakit tu sebenarnya, Allah SWT nak bagi saya rehat dan saya banyak mengaji al-Quran untuk terapi diri," ujarnya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.