Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Datuk Jamal Abdillah Syukur Timang Cahaya Mata, Akhirnya Dedah Nama Dan Wajah Anak

Alahai, comelnya!
Izwan
14 Apr 2023, 05:42 PM

Penyanyi pop legenda, Datuk Jamal Abdillah meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin selamat melahirkan bayi perempuan jam 2 petang hari ini.

datuk jamal abdillah syukur timang cahaya mata, akhirnya dedah nama dan wajah anak

Malah, bayi perempuan yang juga anak keempatnya bersama Zai Izzati itu dilahirkan dengan berat 2.94 kilogram menerusi pembedahan mengikut nasihat doktor.

"Alhamdulillah, isteri selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat dan cukup sifatnya pada bulan Ramadan yang mulia ini.

"Isteri dan bayi perempuan kami juga berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja," katanya.

Tambahnya, mereka akhirnya mendedahkan nama cahaya mata mereka iaitu Rahil Laura Salsabila Yamani.

"Sambutan Aidilfitri kami pada tahun ini juga lebih meriah dengan kehadiran anggota baharu dalam keluarga kami.

"Dengan kelahiran anak keempat ini, sudah lengkap keluarga kami dengan empat pasang anak lelaki dan perempuan. Doktor juga menasihatkan isteri supaya tidak mengandung lagi kerana semua empat anak kami dilahirkan secara pembedahan sebelum ini," ujarnya.

Terdahulu Datuk Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. 

Hasil perkongsian hidup itu, mereka sudah memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun.

Sumber: Harian Metro
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us