Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Datuk M. Daud Kilau Amat Bersyukur Allah Masih Beri Peluang Untuk Bernafas

Datuk M. Daud Kilau menzahirkan kesyukuran tanpa putus kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas.
Editor
13 Nov 2020, 03:14 PM

Seniman tersohor negara, Datuk M. Daud Kilau menzahirkan kesyukuran tanpa putus kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas.

Memetik laporan Awani, penghibur legenda itu berkata, di saat beliau melalui kesesakan nafas pada Khamis lalu, dia sudah bersedia untuk dijemput kembali kepada Pencipta.

datuk m. daud kilau amat bersyukur allah masih beri peluang untuk bernafas

“Saya serah pada Allah. Dia yang hidup dan matikan kita. Saya ingat semalam (Khamis) semasa sesak nafas (saya) sudah tiada lagi kerana seperti sudah di hujung nafas.

"Namun, Alhamdulillah, Allah masih sayang saya lagi dan memberi peluang untuk saya bernafas. Terima kasih Allah, terima kasih sangat-sangat,” kata M Daud kepada Astro AWANI.

Beliau meluahkan rasa kesyukurannya apabila wakil Astro Awani berkesempatan menziarahi penyanyi legenda itu di wad Hospital Teluk Intan kerana doktor di hospital berkena merawatnya dengan baik sekali.

Walaupun dengan nada yang lemah, M Daud yang berusia 83 tahun berkata, sekumpulan doktor di Hospital Teluk Intan bukan sekadar memberi rawatan yang terbaik bahkan sentiasa memberi semangat kepadanya untuk bertarung dengan kesakitan.

Kini, walaupun keadaan beliau masih lemah, namun, kata penyanyi lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi itu, dia masih berupaya untuk bercakap dengan lancar serta mempunyai selera makan serta masih mengenali ahli keluarga dan rakan-rakan yang menziarahinya.

datuk m. daud kilau amat bersyukur allah masih beri peluang untuk bernafas

“Saya faham dalam keadaan sekarang akibat COVID-19 ramai yang tidak boleh menziarahi saya, tidak mengapa, memadai mendoakan saya dari jauh. Saya amat hargai.

“Kepada rakan-rakan artis dan peminat-peminat saya di mana sahaja saya minta ampun dan maaf sekiranya sepanjang kita berkenalan saya terkasar dan tersilap,” kata M Daud sambil menitiskan air mata.

Sementara itu, Timb Pengarah (Perubatan) Hospital Teluk Intan, Dr Noor Azira Haron berkata, M Daud menghadapi masalah paru-paru berair ekoran kompilkasi sakit jantung.

Sehubungan itu, seniman itu, kata Dr Noor Azira akan diberikan rawatan ubat yang sewajarnya selain bantuan oksigen untuk membantu melancarkan pernafasan beliau.

“Beliau mungkin akan dirawat di hospital ini sekurang-kurangnya lima sebelum dibenarkan pulang. Ada juga rancangan untuk merujuk beliau ke Institut Jantung Negara bagi rawatan selanjutnya,” kata Dr Noor Azira lagi.

datuk m. daud kilau amat bersyukur allah masih beri peluang untuk bernafas

Menceritakan mengenai keadaan M Daud, Datin Rohani Awang Ngah bersyukur kerana suaminya sudah mula menunjukkan perkembangan yang positif pada pagi ini.

Selepas memandikannya pagi tadi, Rohani berkata, suaminya kelihatan begitu segar sekali selain sudah berselera untuk makan.

“Semoga beliau akan segera sembuh dan kembali semula ke rumah,” kata Rohani lagi.

Pada Khamis, M Daud dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }