Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau dikejarkan ke Hospital Teluk Intan, pada Khamis selepas mengalami sesak nafas.
Memetik laporan portal Utusan Online, anak lelakinya, Ahmad Zaini berkata, bapanya dimasukkan ke hospital pada pukul 3.15 petang selepas mengadu sesak nafas sejak malam Rabu.
Bapanya yang berusia 83 tahun kini berada dalam keadaan stabil namun lemah, ujarnya.
Menurut laporan Awani pula, isteri kepada penyanyi veteran itu, Datin Rohani Awang Nyah memaklumkan beliau berada dalam keadaan lemah.
"Datuk baik-baik sahaja, cuma dia tengah lemah sedikit.
"Doktor minta untuk berehat dalam wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan," katanya kepada Astro AWANI.
Sebelum ini, penyanyi yang dikenali dengan lagu 'Cek Mek Molek' dan 'Gila Judi' dilaporkan pernah dikejarkan ke hospital beberapa kali akibat masalah kesihatan yang dialaminya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.