Usahawan, Datuk Red mengakui masih menaruh harapan dan menunggu dua bekas isteri, Datin Red dan penyanyi Adira Suhaimi untuk menerimanya kembali.

Berusia 46 tahun, dia tetap menanti peluang sehingga kedua-dua wanita itu bertemu jodoh.
“Selagi janda saya tak kahwin, selagi itu saya tak kahwin.
“Maknanya saya dalam mode ‘standby’, saya tunggu sahaja tawaran mereka.
“Tapi kalau mereka dah kahwin, nak buat apa lagi,” katanya.
Ketika sesi siaran langsung di laman TikTok miliknya, bapa tunggal kepada 11 anak itu membalas pertanyaan pengikut mengenai hal jodoh selepas bercerai dengan kedua-dua isterinya.
Tambahnya, dia menegaskan tujuan untuk berkahwin semula bukan kerana nafsu, sebaliknya dia mahu mempunyai teman bagi menjalani hari tua.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.