Pengarah dan penerbit tanah air, Datuk Yusof Haslam tidak dapat menahan sebak apabila memikirkan hal rumah tangga anaknya, Syamsul Yusof yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
Memetik laporan Gempak, air matanya beliau bergelinang mengalir ketika meluahkan perasaannya sebagai seorang bapa terhadap tindakan anaknya Syamsul kepada isterinya, Puteri Sarah.

Tambahnya, isterinya juga amat kecewa dengan perlakuan yang dilakukan anaknya terhadap rumah tangga bersama Puteri Sarah.
“Bohonglah kalau saya kata tidak kecewa. Tapi perasaan saya mungkin tidak sama dengan Datin (Patimah Ismail) sebagai seorang ibu. Dia sedih dan sebak tapi saya sentiasa pesan untuk mendoakan yang terbaik.
“Saya harap Syamsul akan berikan penjelasan yang jelas sejelasnya dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Syamsul harus jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik,” katanya.
Malah, banyak nasihat dan pesanan menerusi temubual menyentuh hati itu diberikan Datuk Yusof kepada anaknya.
Dia juga mementingkan soal perasaan hati, emosi dan berkaitan kehidupan harus diterapkan terutamanya apabila bergelar seorang suami dan bapa.
“Sesuatu yang dah berlaku tidak boleh patah balik, harus terima qada dan qadar. Saya sebagai seorang ayah, mendoakan yang terbaik.
“Kehidupan ini bukan satu perkara yang mudah, hidup ini satu perjuangan. Perjuangan untuk pertahankan rumah tangga, pertahankan isteri dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.
“Suami harus jaga perasaan isteri dan begitu juga sebaliknya. Sebagai manusia kita ada sifat tidak sempurna, isteri dan suami masing-masing tidak sempurna. Kalau ada kesalahan, selesaikan.
“Kalau ada perasaan tanggungjawab, tolak ansur dan sayang kepada isteri serta anak-anak, Insya-Allah rumah tangga akan kekal. Itu sahaja pesanan saya untuk Syamsul. Apa yang saya luahkan hanyalah ingin melihat kebahagian anak dan cucu,” ujarnya.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.