Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila isu perkahwinan pelakon Mawar Rashid sebelum ini.

Namun, Mawar belum lagi bersedia untuk perkahwinan baru tetapi ibunya bergelar isteri kepada lelaki kelahiran Brunei.
Dia juga tidak menyangka ibunya bertemu jodoh sekali gus dirinya kini memiliki seorang bapa.
“Saya tak pernah sangka akan rasa kehadiran seorang ayah.
“Siapa sangka dari kenalan lama di Brunei bertemu jodoh hanya dari satu mesej ‘lama tak jumpa’ menerusi hantaran Putera Mateen kahwin,” katanya.
Malah, Mawar juga terpaksa menerima realiti bahawa ibu tercinta akan tinggal di Brunei namun sentiasa mendoakan yang terbaik buat syurganya itu.
“Susah nak terima hakikat yang mummy akan tinggal di Brunei tetapi beliau layak mendapatkan kehidupan yang bahagia.
“Untuk keluarga baharu di Brunei, selamat datang dalam keluarga saya. Sayang kalian sampai bila-bila,” tulisnya di kapsyen hantarannya di Instagram.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.