Ini adalah senarai 10 Diva Bollywood yang tidak pernah berkahwin. Mungkin di kaca tv , peminat nampak kehidupan peribadi mereka adalah indah tetapi realitinya adalah tidak.
1. Neha Dhupia

Neha memulakan kerjayanya sebagai pelakon sebelum dia memenangi Femina Miss India.Dia terkenal dengan wataknya dalam Kya Kool Hain Hum, Shootout di Lokhandwala, Ek Chalis Ki Last Local, dan Singh is Kinng. Kehidupan peribadi Neha ada naik dan turun. Dia pernah menjalinkan dua hubungan namun, kedua-duanya berakhir di tengah jalan.
2. Nargis Fakhri

Selebriti kelahiran Amerika Syarikat berusia 38 tahun ini memulakan karier sebagai model. Sejurus selepas menyertai America’s Next Top Model, Nargis melibatkan diri dalam bidang lakonan dan membuat debutnya menerusi filem Rockstar. Filem Madras Café, Main Tera Hero dan Housefull 3 menjadikannya terkenal.
Tahun lalu, aktres ini menjadi tumpuan utama media apabila secara tiba-tiba, mengemas semua barangnya dan terbang ke Amerika Syarikat. Memandangkan ketika itu dia sedang berpacaran dengan pelakon Uday Chopra untuk angka masa yang lama, media membuat spekulasi Nargis mahu mengmabil masa susulan hubungannya yang tidak kesampaian dengan aktor itu. Ada juga yang berpendapat dia mungkin adakan majlis perkahwinan namun semuanya tidak benar.
Ia kemudian mendedahkan bahawa aktres itu sedang menderita masalah kesihatan yang memaksanya untuk pulang ke AS untuk berehat. Dalam temubual yang terbaru, Nangis memaklumkan dia senang dengan kehidupannya kini, bebas dan tidak terikat dengan sesiapa selain dapat menjaga ibunya tanpa bantuan sesiapa.
3. Amesha Patel

Meruapakan heroin untuk filem Kaho Naa Pyaar Hai. Mengenai kehidupan peribadinya, Ameesha pernah menjalin lima tahun hubungan dengan pengarah terkenal, Vikram Bhatt. Malangnya, hubungan mereka berakhir pada 2007.
4. Sushmita Sen

Sushmita Sen berkata, dia sememangnya tiada masalah hidup sendiri dan hanya akan berkahwin apabila menjumpai lelaki yang benar-benar sesuai untuknya.
5. Sulakhsana Pandit

Beliau banyak bergandingan dengan hero seperti Amitabh Bachchan, Shammi Kapoor, Rajesh Khanna, Sanjeev Kumar, Jeetendra, dan Rishi Kapoor. Dia juga dilaporkan hilang kestabilan mental akibat kecewa dalam percintaan.
6. Suraiya

Filem popularnya Pyar Ki Jeet, Dillagi, Afsar, Parwana, dan Bari Behen. Suriaya juga merupakan antara pelakon yang menerima bayaran tertinggi Bollywood. Suraiya bercinta dengan pelakon Dev Anand. Kedalaman cintanya terhadap Dev hingga sanggup meninggalkan kariernya.Bagaimanapun sedihnya, kisah cinta mereka tamat pada 1951 apabila nenek Suraiya berulang kali mengecam hubungan Suriaya dengan kekasihnya itu.
7. Nenda

Nenda terlibat dalam kedua-dua industri filem, Hindi dan Marathi. Antara filem lakonnya Joru Ka Ghulam, Ittefaq, Akashdeep, Kanoon, Pati Patni, Gumnaam dan Raja Saab. Nanda merangkul beberapa Anugerah Filmfare seperti Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Bhabhi, dan Anchal. Dia mengasingkan diri dari profesion pada 1983.
Dia bertunang dengan pengarah Manmohan Desai pada 1992. Namun, kebahagiaannya tidak bertahan lama. Pada 1994, tunangnya meninggal dunia selepas terjatuh dari teres kediamannya. Nenda kemudian tidak pernah bercinta dengan sesiapa hingga meninggal dunia pada 2014 akibat serangan jantung.
8. Asha Parekh

Asha adalah seorang pelakon veteran yang pertama kali muncul dalam filem Aasmaan sebagai seorang artis kanak-kanak pada tahun 1952. Dia telah berlakon kira-kira 90 filem dan pernah bergandingan bersama Dev Anand, Shammi Kapoor, Rajesh Khanna, Dharmendra, and Sunil Dutt.
Asha tidak pernah mendedahkan kehidupan peribadinya. Bagaimanapun ada spekulasi mengatakan dia berpacaran dengan pengarahnya Nasir Hussain. Ditanya kenapa tidak berkahwin, jawabnya – “Mungkin lelaki takut untuk masuk meminangnya.”
9. Parveen Babi

Parveen memulakan kerjayanya sebagai model pada 1972 yang dibeli untuk banyak filem seperti Charitra, Majboor, Suhaag, Namak Halaal, Jaani Dost, dan Yeh Nazdeekiyan. Dia glamor, elegan, dan sentiasa kelihatan seperti ‘satu juta dolar ‘ untuk tidak kira apa yang dipakai.
Ketika kerjayanya berada di kemuncak kegemilangan, Parveen menghilangkan diri dari industri dan meningalkan seribu tanda tanya.
Khabar angin mengaitkan Ia dengan kekasih-kekasihnya, Kabir Bedi dan Danny Dengzongpa, dan juga pengarah Mahesh Bhatt.
Parveen Babi dan Mahesh Bhatt berkongsi hubungan yang sangat rapat. Pada 1979, Mahesh Bhatt menemuinya di satu sudut rumah sambil memegang pisau dapur dan menjerit, "Mereka cuba membunuh saya". Itu merupakan tanda pertama penyakit Parveen.
Tidak lama selepas itu, dia ke Amerika Syarikat, dan hanya kembali pada 1989, dengan keadaan yang agak berbeza. Dia kemudian didiagnosis dengan Paranoid Schizophrenia yang dikhabarkan berpunca dari kesepian. Dia mengejutkan dunia dengan kematiannya pada tahun 2005.
10. Tabu

Tabassum Fatima Hashmir, lebih dikenali sebagai Tabu, berusia 45 tahun dan merupakan seorang pelakon yang agak tenggelam timbul meskipun pernah berlakon dalam pelbagai filem. Pada tahun 1985, Tabu membuat debutnya dalam sebuah filem yang dinamakan Hum Naujawan ketika dia berusia 14 tahun.
Dalam naik turun kariernya, Tabu pernah memenangi banyak anugerah termasuk Anugerah Filem Kebangsaan (Pelakon Terbaik), Anugerah Six Filmfare dan Anugerah Padma Shri.
Tidak seperti kebanyakan selebriti, Tabu hampir tidak pernah menceritakan berita tentang kehidupan cintanya atau hubungannya. Dua tahun lalu, spekulasi mengatakan Tabu mempunyau hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan dari Mumbai.
Tabu percaya dengan ungkapan "Que Sera Sera" dan terbuka kepada gagasan perkahwinan dan mempunyai anak tetapi tidak membiarkan pemikiran itu memakannya.. Bagaimanapun,tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa dia mempunyai atau merancang untuk berkahwin dengan lelaki misteri ini .
Sumber dari Astro Awani