Tak sangka nama pelakon Erra Fazira menjadi bualan orang ramai apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ucapkan tahniah selepas selamat diijabkabulkan pada Khamis.
Namun, Dr Zulkifli menjelaskan individu berkenaan bukanlah Primadonna seperti yang disangka ramai sebaliknya seorang wanita yang kebetulan memiliki nama yang sama.
Menerusi laman sosial Twitter, Dr Zul memantau majlis pernikahan serba ringkas yang diadakan oleh pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) sebentar tadi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Pada awalnya, beliau turut terkejut dengan nama individu tersebut kerana menyangkakan pelakon Erra Fazira yang akan menikah.
“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu tu,” tulis beliau lagi.
Walaubagaimanapun, pelakon Erra Fazira turut mengakui bahawa beliau telah menerima ucapan tahniah disebabkan insiden ini.
Namun, primadona itu hanya berkata ucapan yang diterima itu memberi semangat untuk dirinya dalam membina rumah tangga lagi.
"Saya sendiri dihujani ucapan tahniah tapi dalam gurauan la. Tapi secara tak langsung memberi semangat kepada saya untuk berkahwin," katanya.
Bahkan, Erra Fazira sendiri menganggap perkara tersebut sekadar usikan daripada Dr Zulkifli dan mengucapkan tahniah kepada pengantin yang selamat diijabkabul.
"Saya anggap tu usikan Ustaz Zul. Pandai dia berlawak, hiburkan hati ramai. Apapun, tahniah buat Erra Fazira dari Erra Fazira," katanya lagi.
Sumber: Gempak / Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.