Penampilan baru Siti Sarah selepas menunaikan umrah kelihatan sangat manis dan mendapat pujian peminat. Sarah yang kelihatan semakin selesa mengenakan hijab meminta agar mendoakan dirinya supaya terus istiqamah.
Sarah mengatakan selepas pulangd ari umrah ni dia tidak mahu menunjukkan rambut dan lebih selesa berhijab.
“Sebenarnya Sarah masih orang yang sama lepas balik umrah tempohari. Cuma ketika itu Sarah rasa tak nak tunjuk rambut dan lebih selesa behijab. Pernah satu masa Sara memang rasa janggal untuk berhadapan dengan orang ramai masa awal-awal berhijab.
“Hampir beberapa minggu jugalah Sarah bermain dengan perasaan yang macam-macam. Bukan kerana hijab yang dipakai, tetapi ketika itu seperti tiada kekuatan untuk berhadapan dengan orang ramai,” katanya kepada Hijabista.
“Biarkan saja gambar-gambar itu kerana kalau padam pun orang masih boleh cari diri kita yang dulu. Lagipun itu sejarah Sarah. Dulu Sarah rasa diri ini tidak layak berhijab. Sembahyang pun qada-qada. Takut nanti dilabel macam-macam. Tapi sekarang Sarah selesa dengan penampilan Sarah,” ujarnya lagi.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.