Selalunya kita dengar kata pepatah, kerana mulut badan binasa. Tapi dalam situasi ini, penyebabnya adalah jari jemari yang menaip status berbaur fitnah yang membawa padah pada badan sendiri.
Tindakan biadab yang keterlaluan seorang pengguna Facebook menulis komen serta muat naik status menggunakan kata-kata kesat, sensitif dan berbaur penghinaan terhadap Siti Elizad mengundang masalah.
Dalam satu hantaran di akaun Instagram milik Elizad, beliau memaklumkan telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada pukul 8.10 malam Rabu terhadap pengguna Facebook berhubung perkara tersebut.
“Pertamanya, jarang-jarang aku ni melayan komen-komen “bodoh“ macam ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan mandul, it really hurts me so bad.
“Kau Allah ke? Tahu aku ni mandul ke tak? Boleh beranak ke tak?! Menggigil, terketar tgn ni. Jantung rasa nak tercabut. Sedih teramat-amat sangat! Kau suka ke kalau tengok aku ni bercerai-berai sebab aku belum ada zuriat?!” tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Sebelum ini, pengguna Facebook tersebut telah meninggalkan komen di ruangan komen sebuah artikel yang dimuatnaik di laman portal hiburan tempatan dan turut memuat naik status Facebooknya dengan menulis kata-kata berunsur penghinaan terhadap penyampai radio SINAR itu.
Sehubungan itu, Elizad turut menyatakan bahawa tindakan pengguna itu keterlaluan dan kata-kata yang ditulis terhadapnya itu berbaur fitnah.
Tambahnya lagi, Elizad turut memaklumkan usaha beliau dan suami yang tidak pernah putus dalam menimang zuriat yang menjadi impian setiap pasangan suami isteri.
“Aku ni bertahun berjumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana sini. Sakit tau tak? Sakit! Yang kau, senang-senang p****** kan aku dan cakap aku mandul!
“Apa aku rasa? Family aku rasa? Orang yang tahu dan nampak je aku bersusah payah berulang-alik, tahan sakit nak dapatkan anak! Kau simply boleh cakap aku mandul dan p******?” tulisnya lagi.
Elizad mengakhiri hantaran tersebut dengan memaklumkan beliau sudah melakukan laporan polis dan mengambil perkara ini dengan serius.
Namun, rata-rata rakan artis serta peminat turut memberi sokongan dan kata-kata semangat serta doa kepada Elizad di ruangan komen.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.