Pelakon dan penyampai radio SINAR, Siti Elizad tidak sangka dapat terima panggilan istimewa daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang memberi harapan dan sinaran baru kepada dirinya.
Susulan berita mengenai seorang pengguna Facebook yang menulis komen dan status berbaur fitnah dan penghinaan terhadap Elizad tempoh hari telah menarik perhatian Tuanku Permaisuri.
Elizad berkongsi perkara tersebut dalam sebuah hantaran di Instagram miliknya.
“Saya mahu berkongsi momen istimewa ini. Hari ini hari yang sangat menggembirakan hati saya. Saya terima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah.
“Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yang mengatakan saya ‘mandul’ tempoh hari.
“It really touched my heart with this beautiful call Tuanku. Terharu , terkejut , semua ada. Macam mimpi, dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan IVF saya.
“Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa-siapa,” tulisnya.
Dalam pada itu, menurut Elizad, Tuanku Permaisuri turut berkongsi kisah pengalaman Tuanku sendiri menempuh perjalanan In-Vitro Fertilization (IVF) sebanyak 17 kali. Bhajan, Tuanku turut memberi kata-kata semangat Elizad dalam mengharungi proses menimang zuriat.
“Tuanku berikan kata kata semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan IVF.
“Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasai. Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual-bual dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh keibuan,” tulisnya lagi.
Sepanjang panggilan itu, Tuanku Permaisuri sempat memaklumkan kepada Elizad, baginda selalu menonton dramanya dan turut bertanya jika Elizad masih berlakon.
“Sempat juga Tuanku selitkan ‘Saya tengok drama awak sebelum ini, awak dah tak berlakon lagi?’
“Allahuakhbar. Terima Kasih banyak Tuanku Permaisuri. Really made my day. Ampun Tuanku,” kata Elizad.
Sebelum ini, Elizad memaklumkan bahawa dia telah mengambil tindakan laporan polis terhadap pengguna Facebook yang menulis komen serta muat naik status menggunakan kata-kata kesat, sensitif dan berbaur penghinaan terhadapnya.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.